Sudah tiba masanya… – Akmal Saleh

Oleh: Hanim Nadia

PETALING JAYA: Kenyataan ‘sudah tiba masanya’ oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Salleh di Facebooknya menimbulkan persoalan.

Ia susulan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan terdapat perbincangan perbincangan awal berhubung penyertaan Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri ke dalam PKR pada Ahad.

Tanpa menerangkan maksud kenyataan itu, Akmal menegaskan memang terdapat usaha untuk mencuri ahli parti kawan dalam Kerajaan Perpaduan.

“Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah ditawarkan menjadi Perdana Menteri tetapi beliau menolak sebab atas prinsip ikhlas dan tidak mahu mengkhianati kawan.

“Adakah keikhlasan Datuk Seri Ahmad Zahid itu dibayar sebegini rupa,” katanya.

Anwar pada Ahad mengesahkan wujudnya perbincangan awal berhubung penyertaan Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri ke dalam PKR.

Presiden PKR itu dilaporkan berkata, prinsip parti adalah terbuka kepada mana-mana pemimpin yang mampu memberi sumbangan kepada parti, tetapi ia perlu dilakukan dengan cara baik supaya hubungan dengan rakan parti lain, termasuk UMNO, tidak terjejas.

Tengku Zafrul mengakui ada menyertai perbincangan dengan PKR, namun belum membuat keputusan berhubung penyertaannya dalam parti itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu bagaimanapun berkata, perbincangan berkenaan tidak membabitkan jawatan di peringkat negeri mahupun pilihan raya kecil.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat