Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Ringgit Malaysia (RM) yang dibuka pada hari mengekalkan nilai tokokkan yang positif berbanding kadar dolar Amerika Syarikat (AS).
Menelusuri data yang dikongsikan Bank Negara Malaysia (BNM) sehingga 11:30 tengah hari Selasa, nilai ringgit yang diniagakan adalah sebanyak 4.4480.
Kadar ini adalah lebih tinggi berbanding sesi penutupan yang dibuat pada hari semalam, iaitu mencecah kepada 4.4500.
Ringgit diperdagangkan pada paras yang lebih rendah berbanding beberapa mata wang utama, namun mencatatkan peningkatan berbanding mata wang negara ASEAN.
Mata wang tempatan menguat sedikit berbanding yen Jepun kepada 2.8865/8932 daripada 2.8930/8964, tetapi mengalami penurunan berbanding pound sterling kepada 5.6441/6568 daripada 5.6301/6365.
Selain itu, ringgit juga lemah berbanding Eropah, mencatatkan kadar 4.6769/6874 berbanding 4.6743/6795 pada sesi sebelumnya.
Di peringkat serantau, ringgit menunjukkan prestasi yang lebih baik, dengan peningkatan berbanding dolar Singapura kepada 3.2960/3039 daripada 3.2992/3032, dan juga berbanding baht Thailand kepada 13.0456/0873 daripada 13.0575/0795.
Ringgit turut mencatatkan kenaikan berbanding rupiah Indonesia kepada 277.9/278.6 daripada 278.0/278.5, manakala nilainya kekal stabil berbanding peso Filipina pada paras 7.58/7.60.
Baca juga: