Tiada siapa atasi undang-undang – Dr Dzul respons gambar Mohamad merokok

PETALING JAYA: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkfely Ahmad menegaskan tiada siapa yang boleh terlepas daripada tindakan undang-undang.

Beliau berkata demikian susulan gambar Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan merokok di restoran tular di media sosial.

“Salam Madani semua. Setelah Akta 852 (Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam, 2024) berkuatkuasa pada 1 Oktober yang lalu, saya berpegang kepada prinsip bahawa ‘Tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang (No one is above the Law),” katanya di X pada Isnin.

Terdahulu, warga maya menularkan gambar sekumpulan lelaki termasuk Mohamad sedang merokok di dalam premis yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

Justeru, netizen tersebut @msianinciter meminta Dr Dzulkefly memberi penjelasan memandangkan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang bermula pada 1 Oktober 2024, KKM telah mengeluarkan sebanyak 28 tempat larangan merokok.

Langkah ini bagi memastikan tempat-tempat berikut adalah selamat daripada aktiviti merokok yang akan melindungi orang ramai terutamanya wanita dan anak-anak kecil.

Tindakan Dr Dzulkefly itu mendapat pujian daripada netizen dan meminta menteri kesihatan itu menunaikan janjinnya bahawa undang-undang tidak hanya terpakai kepada rakyat marhein sahaja.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat