Jemaah Menteri Alumni UM Sumbang RM10,000 Kepada Tabung Endowmen

Oleh: Kamilia Ali

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong kegemilangan Universiti Malaya (UM) dan percaya setiap alumni perlu memainkan peranan penting.

Beliau mengumumkan bahawa ahli Jemaah Menteri yang merupakan alumni UM akan menyumbang RM10,000 seorang kepada Tabung Endowmen Universiti Malaya.

Dalam hantaran di laman Facebooknya, Anwar mengimbau sejarah gemilang UM yang telah melahirkan ramai ilmuwan terkemuka dalam pelbagai bidang.

“Alhamdulillah, gembira ketemu sekitar 2,000 alumni, termasuk rakan-rakan seperjuangan tatkala kita bersama-sama mengecap ilmu dan mengenal erti perjuangan di Universiti Malaya,” katanya.

Beliau menekankan bahawa generasinya mendapat manfaat besar daripada kekuatan budaya ilmu dan asakan kepentingan ilmu, baik di dalam mahupun luar bilik kuliah yang menjadi asas pertumbuhan dan pembinaan negara.

“Zaman muda remaja kami diasuh oleh para gergasi ilmu ini untuk berpegang pada slogan menegak kebenaran dan keadilan,” katanya.

Anwar turut menjunjung kasih Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, atas kesudian mencemar duli selaku Canselor UM dan menyempurnakan majlis Malam Alumni UM.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat