Oleh: Kamilia Ali
PETALING JAYA: Satu lagi berita dukacita dimaklumkan iaitu perginya seorang warga kerja stesen televisyen kandungan Islam utama Malaysia, TV Alhijrah, Ainur Mahdiyah Zahra Abdullah ke rahmatullah pada Selasa.
Allahyarhamah yang dikenali sebagai Paullina Oppei Paulus menghembuskan nafas terakhirnya semasa dalam urusan kerja di Kota Kinabalu, Sabah.
Media melaporkan bahawa Allahyarhamah merupakan seorang mualaf dan mula memeluk agama Islam pada sekitar tahun 2008.
Menerusi laman Facebook milik Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian arwah Ainur Mahdiyah.
“Saya doakan agar seluruh keluarga Allahyarhamah, serta sahabat handai terutamanya di TV AlHijrah kekal tabah dan sabar berdepan dengan kehilangan ini.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah,” katanya.
Untuk makluman, Allahyarhamah bertugas di TV AlHijrah sebagai Pengurus Unit Integrasi Media, Kumpulan Integrasi Media dan Hal Ehwal Korporat.
Baca juga: