Liga Super: KDA FC Nafi Tarik Diri

Oleh: Hanim Nadia

PETALING JAYA: Kedah Darul Aman (KDA) FC menyangkal dakwaan bahawa pasukan itu berhasrat menarik diri daripada saingan Liga Super musim depan dan beralih ke saingan Liga Al Semi-Pro.

KDA FC menafikan perkara itu sebagai respon kepada dakwaan bahawa skuad Sang Kenari telah menghantar surat permohonan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menarik diri.

“Pihak KDAFC tidak pernah menghantar surat mengenai hasrat untuk menarik diri daripada saingan Liga Super dan beralih ke saingan Liga Al Semi-Pro.

“Pihak pengurusan kelab memohon agar pihak yang telah menyebarkan maklumat palsu tersebut supaya memohon maaf kerana ia telah menjatuhkan reputasi kelab.

“Semua pihak , termasuk media semasa atau pihak wartawan agar lebih sensitif dalam memberi kenyataan supaya tidak cenderung ke arah menyebarkan maklumat palsu dan mencipta persepsi yang tidak baik kepada kelab,” menurut KDA FC pada Khamis.

Menurut dakwaan tersebut, faktor yang menyebabkan KDA FC bersedia untuk menarik diri adalah disebabkan kedudukan kewangan kelab yang meruncing hingga mereka sering terlibat dalam isu tunggakan gaji.

Aksi terakhir Kedah menyaksikan skuad bimbingan Victor Andrag berjaya melakar kemenangan tipis 1-0 menentang Penang FC di laman sendiri pada Rabu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat