Hari Keputeraan sebenar Sultan Selangor, hari ini

PETALING JAYA: Hari ini, 24 Disember, merupakan tarikh sebenar Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Menurut kenyataan dari Selangor Royal Office, baginda diputerakan pada 24 Disember 1945 di Istana Jema’ah, Klang, Selangor.

Walau bagaimanapun, tarikh 11 Disember telah ditetapkan sebagai tarikh rasmi sambutan Hari Keputeraan setiap tahun kerana 24 Disember berdekatan dengan cuti hujung tahun dan perayaan.

“Sempena Hari Keputeraan ke-79, rakyat Selangor merafak sembah tahniah kepada Baginda dan mendoakan kesejahteraan Tuanku agar terus berada dalam lindungan Allah dengan penuh kebahagiaan dan kemuliaan.

“Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam lindungan Allah serta hidup dengan penuh kebahagiaan, dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, fid-dunia wal-akhirat,” kata kenyataan itu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat