Nahas maut di PLUS, tujuh terbunuh perlanggaran tiga kenderaan

PETALING JAYA: Nahas tragis di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh pada malam Isnin telah mengorbankan tujuh nyawa dan mencederakan 33 orang.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.40 malam dan melibatkan sebuah bas yang membawa 27 penumpang, sebuah treler dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka memaklumkan bahawa mangsa yang maut termasuk pemandu bas persiaran serta lima penumpang MPV termasuk seorang kanak-kanak.

Operasi menyelamat dilakukan bagi mengeluarkan pemandu treler dan seorang lagi individu yang terperangkap.

Kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang lebih 10 kilometer di kedua-dua arah lebuh raya.

PLUS Malaysia Berhad telah membuka laluan kecemasan untuk kenderaan ringan bagi mengurangkan kesesakan.

Anda Mungkin Berminat