PETALING JAYA: Pada 26 Disember 2024, dunia memperingati dua dekad (20 tahun) sejak tragedi tsunami 2004 yang meragut lebih 200,000 nyawa di beberapa negara Asia termasuk Indonesia, Thailand, India, Maldives dan Sri Lanka.
Di Malaysia, Pulau Pinang menjadi negeri paling terjejas dengan mencatatkan 52 daripada 68 kematian di seluruh negara.
Gempa bumi berukuran 9.3 pada skala Richter yang berlaku di bawah dasar laut barat Pulau Sumatera, Indonesia pada 26 Disember 2004 telah mencetuskan ombak tsunami yang melanda pantai utara dan pulau-pulau terpencil seperti Pulau Pinang dan Langkawi.
Malaysia mengalami 67 kematian akibat tsunami itu dengan kawasan Batu Ferringhi dan Balik Pulau di Pulau Pinang serta kawasan pantai di Semenanjung Malaysia seperti Kuala Muda, Kedah dan Kuala Triang, Langkawi mengalami kerosakan teruk.
Sistem amaran bendera merah yang digunakan oleh anggota penyelamat berjaya mengurangkan jumlah kematian.
Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu, mengambil langkah segera dengan membatalkan semua perayaan Tahun Baru dan mengadakan doa serta perkhidmatan kenangan.
Penduduk yang dipindahkan menerima RM200 untuk meringankan kesulitan, RM2,000 untuk rumah yang rosak dan RM5,000 untuk rumah yang musnah.
Nelayan yang kehilangan bot diberikan RM1,000 untuk kapal kecil dan RM3,000 untuk kapal besar.
Ramai penduduk yang menjadi mangsa tsunami masih mengingati bencana tersebut dengan jelas. Di Kota Kuala Muda, Kedah, penduduk masih tidak dapat melupakan bencana yang meninggalkan kesan mendalam di jiwa mereka.