28 maut Jeju Air terhempas

SEOUL: Seramai 28 penumpang maut selepas pesawat yang dinaiki dipercayai keluar dari landasan dan terhempas di lapangan terbang antarabangsa Muan, Korea Selatan.

Memetik agensi berita Yonhap, kemalangan itu berlaku ketika pesawat, Jeju Air yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal dalam penerbangan dari Thailand untuk mendarat di lapangan terbang berkenaan.

“Dua orang ditemui masih hidup ketika misi menyelamat sedang dilaksanakan,” katanya pada Ahad.

Susulan kejadian itu, media melaporkan bahawa pihak berkuasa sedang berusaha untuk menyelamatkan orang di bahagian ekor pesawat.

Sementara itu, pemangku Presiden Choi Sung-Mok yang dilantik sebagai pemimpin sementara negara itu memerintahkan usaha menyelamat habis-habisan.

Bagaimanapun, jurucakap Jeju Air memaklumkan syarikat penerbangan tersebut sedang meneliti dan memeriksa laporan terkini.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat