Oleh: Kamilia Ali
ANAK perempuan kepada pelakon, Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana risau terhadap ibunya yang hangat diperkatakan terkait isu pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjumlah RM1 juta.
Kerisauan Aaisyah, 10 terhadap ibunya dilampirkan menerusi pesanan ringkas aplikasi Whatsapp dan dikongsi kembali oleh Rozita atau nama mesranya Che Ta di Instagram.

“Mummy sudah bayar hutang MARA ke? Jadi tiada apa-apa lagi dengan MARA ke?,” soal Aaisyah kepada Che Ta.
Pertanyaan itu dijawab tenang oleh Che Ta dan menjelaskan pinjaman tersebut sudah selesai dibayar.
“Dah! Kenapa sayang? Alhamdulillah,” balasnya.
Aaisyah menyatakan kekecewaannya kerana Che Ta menjadi bahan bualan orang ramai susulan isu berkenaan.
“Aaisyah sedih tengok ramai orang ‘mengata’ mummy. I love you mummy,” katanya.
Che Ta kemudiannya berkongsi tangkap layar tersebut dengan rasa bangga anaknya kini menuju kematangan.
“Kerisauan seorang anak, dah besar Aaisyah. Pandai dah risau pasal ibu dia,” tulisnya.
Bagaimanapun, lebih mengejutkan banyak pihak dengan ayat pelakon tersebut sudah melunaskan hutang MARA namun tiada penjelasan lanjut mengenai hal itu.
Pada 10 Disember lalu, kediaman pelakon dan usahawan itu dilaporkan diserbu pegawai MARA bersama peguam dan wakil Mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjama bernilai RM1 juta.
Difahamkan, Che Ta membuat pinjaman pada tahun 2017 dan dipercayai sudah membayar pinjaman hutang sebanyak RM50,000.
Pada 23 Disember pula, barangan di kediaman pelakon itu turut dibuka untuk lelongan oleh pihak MARA namun ditunda ke satu tarikh baharu yang dimaklumkan kelak.
Baca juga: