Amalan pelik di kubur disiasat – Dr Na’im

Oleh: Kamilia Ali

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyiasat video tular perhimpunan di di Tanah Perkuburan Islam, Setapak baru-baru ini.

Beliau juga meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat menyalurkannya kepada JAWI bagi membantu siasatan.

“Semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat apa-apa spekulasi mengenai kejadian tersebut.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana perlakuan dan amalan yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

“Semua pihak adalah dimohon untuk menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa agama Islam.” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, satu video tular di media sosial yang memaparkan sekumpulan individu yang berhimpun di satu kubur sambil membaca sesuatu yang dipercayai berzikir beramai-ramai. Hal itu mengundang kerisauan penduduk setempat.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat