DBKL sita halangan petak parkir awam

Oleh: Kamilia Ali

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas ke atas halangan parkir (cop parkir) di sekitar kawasan Jinjang Utara, Kepong pada Isnin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, DBKL melalui Jabatan Penguatkuasaan bersama Pejabat Cawangan Batu bekerjasama dalam menjalankan tindakan khas berkenaan.

Katanya, ketika tindakan sedang dijalankan, terdapat pelbagai barangan yang menjadi punca halangan pada petak parkir yang dianggap sebagai cop parkir.

“Barangan seperti kon, tayar terpakai, tong cat dan pelbagai lagi barang yang dijadikan halangan pada petak parkir tersebut (cop parkir) telah dikenakan tindakan sita serta-merta di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Kesemua barangan yang dikenakan sita telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi,” jelasnya.

Dalam kenyataan sama, pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti.

Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan https://adukl.dbkl.gov.my/.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat