Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding semalam


Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Ringgit Malaysia (RM) masih kekal menunjukkan julat yang meningkat berbanding sesi penutupan pada Isnin.

Menerusi laporan yang dikongsikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), sekitar jam 9 pagi hari ini, nilai ringgit dibuka pada kadar 4.4575.

Nilai itu tinggi berbanding kadar penutupan pada lewat malam semalam, iaitu hanya sebanyak 4.4645.

Di peringkat nilai mata wang utama juga, ringgit diniagakan lebih tinggi, kecuali berbanding yen Jepun.

Ringgit mengukuh berbanding pound British kepada 5.5933/6090 daripada 5.6146/6215 pada penutupan semalam dan kekal menguat berbanding Eropah kepada 4.6385/6515 daripada 4.6583/6640 sebelum ini.

Bagaimanapun, ringgit sedikit susut berbanding yen Jepun kepada 2.8388/8471 daripada 2.8278/8314 pada penutupan semalam.

Dalam pada itu, ringgit juga turut mencatatkan prestasi yang lebih baik berbanding mata wang ASEAN.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2788/2882 daripada 3.2890/2935 sebelum ini dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 276.1/277.0 daripada 276.5/277.0.

Nilai tempatan ini juga turut menguat berbanding baht Thailand kepada 13.0428/0905 daripada 13.0905/1139.

Selaras dengan nilai peso di Filipina yang kini dibuka pada 7.69/7.72.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat