Istana Negara keluar kenyataan Pengampunan Diraja

Oleh: Kamilia Ali

KUALA LUMPUR: Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong mempunyai kuasa prerogatif untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara, kuasa berkenaan selaras dengan peruntukan Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya, Seri Paduka Baginda juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah bagi kesalahan tersebut yang dijalankan dengannasihat Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh baginda.

“Oleh itu, sekiranya mana-mana pihak ingin mencadangkan supaya mana-mana banduan untuk diberi keampunan atau pengurangan hukuman, permohonan berkenaan hendaklah dikemukakan oleh banduan.

“Kemudian, akan dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong pada mesyuarat akan datang,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Semua pihak diingatkan untuk menghormati Perlembagaan dan undang-undang yangtelah ditetapkan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat