Ringgit sedikit menurun berbanding dolar AS


Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Ringgit Malaysia (RM) menunjukkan kadar pertumbuhan yang seimbang walaupun sedikit menurun berbanding nilai dolar Amerika Syarikat (AS).

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar jam 12.25 tengah hari, nilai ringgit yang didagang adalah sebanyak 4.5100.

Ia meningkat sedikit berbanding bukaan pada 4.5080 sekitar 9 pagi tadi.

Bagaimanapun, ringgit dilaporkan bergerak lebih rendah berbanding mata wang utama lain, antaranya Yen Jepun yang mencatatkan peningkatan kepada 2.8577/8622 berbanding 2.8583/8614 pada hari sebelumnya.

Ringgit juga menyusut berbanding pound kepada 5.6395/6476 daripada 5.6250/6306 dan menurun berbanding Eropah kepada 4.6259/6424 berbanding 4.6288/6345.

Dalam kalangan mata wang ASEAN, prestasi ringgit adalah bercampur-campur.

Ia menguat sedikit kepada 13.0116/0413 berbanding baht Thailand daripada 13.0194/0308, dan meningkat kepada 278.2/278.8 berbanding rupiah Indonesia daripada 278.3/278.7.

Namun, ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3052/3105 daripada 3.2989/3025 dan tidak menunjukkan perubahan ketara.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat