Pelancong, juruterbang maut, pesawat ringan terhempas di laut

PERTH: Dua pelancong dari Switzerland dan Denmark, bersama juruterbang, terbunuh selepas sebuah pesawat ringan terhempas berhampiran Pulau Rottnest di Australia Barat, kata pihak berkuasa.

Pesawat itu terhempas petang semalam (waktu tempatan) ketika ia meninggalkan Pulau Rottnest.

Ketika pasukan mencari dan menyelamat mengutip serpihan dari laut hari ini, Perdana Menteri Roger Cook mengesahkan tiga orang maut dan empat yang lain terselamat.

Antara mangsa terkorban ialah seorang wanita berusia 65 tahun dari Switzerland, seorang lelaki Denmark berusia 60 tahun dan juruterbang tempatan berusia 34 tahun.

“Tiga orang terkorban apabila sebuah pesawat laut terhempas beberapa saat setelah ia berlepas.

“Tragedi itu berlaku di hadapan ramai pelancong, termasuk keluarga dan kanak-kanak yang berada di pulau itu untuk menikmati percutian musim panas,” kata Cook lapor media DW.

Terdapat laporan bahawa pesawat itu melanggar batu di permukaan laut ketika ia sedang berlepas.

“Laporan awal itu tidak disahkan. Pada peringkat ini, punca nahas masih tidak diketahui,” kata Cook.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat