PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas mahu Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) membangunkan ekonomi Bumiputera.
Beliau berkata hal tersebut perlu digerakkan oleh ketua-ketua GLIC dan GLC itu sendiri.
“Saya memberi penegasan dan cabaran kepada ketua-ketua GLIC dan GLC supaya memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan-cadangan bernas serta mengerakkan prakarsa (inisiatif) terkait pembangunan ekonomi Bumiputera.
“Sebagai platform tertinggi yang mengangkat agenda Bumiputera sebagai agenda nasional, MEB (Majlis Ekonomi Bumiputera) sebagai platform utama dalam memastikan segala perancangan yang direncanakan dalam Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) dapat dipantau keberkesanan pelaksanaannya,” kongsinya di Facebook malam tadi.
Beliau berkata demikian setelah menghadiri mesyuarat MEB Bilangan 1 Tahun 2025 pada Selasa.
Mesyuarat itu membincangkan kertas-kertas terkait pemerkasaan syarikat Bumiputera dalam perolehan Kerajaan melalui Program mySTI dan halatuju pelaksanaan Wakaf MARA MADANI.
Baca juga: