Tukang masak maut motosikal langgar lembu

Oleh: Hanim Nadia

TAMPIN: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar seekor lembu di Kilometer 43 Jalan Tampin Gemas, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Supritendan Amiruddien Sariman berkata, mangsa warga Indonesia, 26, merupakan seorang tukang masak di sebuah kedai makan di Sungai Kelamah dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari tempat kerja.

“Pada jam 12.30 malam, tiba di lokasi kejadian, mangsa terlanggar seekor lembu yang berada ditengah jalan, lalu hilang kawalan dan terbabas jatuh di atas jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata mayat mangsa berada di bahagian Forensik Hospital Tampin untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika orang ramai mempunyai maklumat berkenaan kemalangan jalan raya terbabit diminta untuk tampil ke Balai Polis Trafik IPD Tampin di talian 064412502 atau hubungi Pegawai Penyiasat kes Insp Sritharan a/l Raja di talian 0174002611 bagi membantu siasatan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat