Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Rapid Kuala Lumpur (KL) telah mengambil langkah kreatif dengan mengubahsuai perkhidmatan rel dan bas di Lembah Klang dengan berkonsepkan Mechamato.
Langkah itu bertujuan untuk menarik minat generasi baharu dan menjadikan pengangkutan awam lebih menarik serta menyeronokkan.
Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail (LRT), Nor Azmi Mohd Yusof berkata, pengubahsuaian itu adalah pertama kali dibuat dan ia juga merupakan usaha untuk memupuk kesedaran mengenai kepentingan pengangkutan awam dalam kalangan generasi muda.
“Kolaborasi ini melibatkan tiga buah tren dan tiga buah bas yang dibalut dengan pelekat bertemakan Mechamato.
“… selain menarik minat khususnya kanak-kanak yang mungkin belum pernah menggunakan pengangkutan awam,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Monsta, Kee Yong Pin, turut menyatakan perasaan teruja dengan kerjasama itu dan berharap ia dapat menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di kalangan masyarakat, khususnya kanak-kanak dan keluarga serta menanam rasa bangga terhadap pencapaian karya tempatan di pentas global.
“Kolaborasi ini dapat menggalakkan lagi penggunaan pengangkutan awam di kalangan masyarakat khususnya kanak-kanak dan keluarga.
“Selain menanam rasa bangga terhadap pencapaian karya tempatan di pentas global,” katanya.
Untuk info, Rapid KL juga menganjurkan aktiviti Ride & Catch: Robot Hunt with Mechamato bermula dari 7 Januari sehingga 31 Mei 2025.
Pengguna Rapid KL yang membeli pas harian MyCity dapat memiliki passport ‘stamp-rally’ khas di stesen terpilih dan berpeluang menebus hadiah eksklusif MechaTrain selepas memburu robot jahat dengan mengumpul sekurang-kurangnya 12 cop dari 15 stesen.
Baca juga: