LOS ANGELES: Anggota bomba yang memadam kebakaran hutan Palisades dekat sini berdepan dengan cabaran berbahaya yang tidak boleh dijangka.
Timbalan Ketua Bomba, Call Brice Bennet berkata keadaan panas dan kering serta api yang marak tebal menyukarkan anggotanya untuk memadam kebakaran.
“Dengan angin yang membawa bara api jauh dari kebakaran, kita perlu siap sedia agar dapat memindahkan semua pindah jika perlu. Ia bergantung kepada tempat angin yang membawa api bersama.
“Lebih 100,000 penduduk kekal di bawah arahan pemindahan, ketika Kebakaran Eaton di Altadena dan kebakaran lain di daerah itu terus marak.
“Kami tidak tahu apa yang alam bawa kepada kami.” katanya memetik berita CNN.
Terdahulu, tragedi yang menggemparkan Amerika Syarikat bermula sejak Rabu (waktu tempatan) dan diramal sehingga awal minggu depan dijangka mengancam kemajuan yang telah mereka capai dalam usaha memadamkan api di seluruh rantau ini.
Sekurang-kurangnya 11 kematian dilaporkan namun jumlah sebenar belum dipastikan lagi.
Kebakaran Palisades kini dianggarkan berukuran 23,654 ekar dan 11 peratus terkawal namun api itu kini bergerak ke pedalaman ke Brentwood dan komuniti lain berhampiran Pusat Getty dan UCLA.
Baca juga: