JOHOR BAHRU: Mangsa banjir di lima daerah negeri ini meningkat kepada 3,974 orang yang ditempatkan di 38 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 9.10 pagi hari ini.
Menerusi laman sesawang info bencana JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat), Kota Tinggi mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 1,326 orang diikuti dengan Johor Bahru (797), Kulai (717), Pontian (601) dan Kluang seramai 533 orang.
Sementara itu, Sabah kekal menjadi negeri kedua tertinggi mangsa banjir iaitu 598 orang di satu PPS Tawau.
Manakala, empat negeri lain merekodkan mangsa di bawah 100 orang iaitu Terengganu (54); Kedah (51); Perak (31) dan Sarawak seramai 18 orang.
Baca juga: