2 maut, 6 cedera kemalangan di lebuh raya PLUS

NEGERI SEMBILAN: Dua orang mangsa disahkan meninggal dunia dalam kemalangan di kilometer 226.8, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), menghala ke utara, Negeri Sembilan, awal pagi tadi.

Kejadian tersebut melibatkan empat kenderaan, termasuk sebuah lori dan tiga buah kereta.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan menerima panggilan mengenai kemalangan pada pukul 5.25 pagi sebelum seramai 17 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota dan BBP Tampin digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurut laporan Komander Operasi Kanan, Mohd Nazrul Ikram Mohd Noor, enam orang mangsa mengalami kecederaan manakala tiga mangsa terselamat.

“Pasukan bomba menjalankan operasi penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa yang terlibat daripada kenderaan.

“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak PDRM, manakala mangsa yang cedera diserahkan kepada petugas perubatan KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Anda Mungkin Berminat