Luruan Monsun bawa hujan lebat hingga Ahad

PETALING JAYA: Luruan monsun yang membawa hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan hingga Ahad ini 

Susulan itu penduduk di selatan Semenanjung khususnya di Mersing dan Pengerang serta Sabah dan Sarawak diminta bersiapsiaga dengan kemungkinan berlakunya banjir.

Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, ia seperti amaran dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi sebelum ini.

“Pagi tadi mesyuarat Jemaah Menteri diingatkan mengenai amaran luruan monsun yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi dan ini akan berkuat kuasa sehingga 19 Januari.

“Tiga lokasi sudah diberi amaran huluan monsun termasuk di selatan Semenanjung, Sarawak dan Sabah.

“Peringatan kepada warga berada di Johor terutama di sekitar Mersing, Pengerang (di Kota Tinggi) diminta berhati-hati, juga di Sarawak dan Sabah supaya bersiap sedia dengan menghadapi kemungkinan berlaku banjir akibat luruan monsun,” katanya pada sidang media di kementeriannya di sini, pada Rabu.

Di peringkat agensi kerajaan, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sentiasa bersiap siaga sekiranya banjir menjejaskan beberapa kawasan. 

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat