Anwar tekankan kepentingan kestabilan politik, bagi tarik pelaburan ke Malaysia

LONDON: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan kestabilan politik dan kesiapsiagaan teknologi dalam menarik minat pelabur semasa pelancaran produk oleh YTL Group UK.

Beliau berkata, Malaysia adalah lokasi penting yang perlu berada dalam radar pelabur dunia dengan polisi kerajaan yang kritikal terhadap tenaga, kecerdasan buatan (AI) dan industri semikonduktor.

“Malaysia memerlukan sokongan pelabur tempatan dan luar negara untuk mencapai kemajuan ekonomi dan kejayaan, disokong oleh kestabilan dan keharmonian benua ASEAN yang dahagakan sinergi pelaburan serta perdagangan baharu,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja di London, United Kingdom (UK) dengan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawat, Keir Starmer.

Untuk rekod, tahun 2024 menyaksikan peningkatan yang signifikan dalam pelaburan dan perdagangan antara Malaysia dan United Kingdom terutamanya dengan adanya Perjanjian Perdagangan Bebas Komprehensif dan Progresif untuk Rantau Pasifik (CPTPP).

Di mana, nilai perdagangan antara kedua negara mencapai sekitar RM14 bilion (USD 3 bilion) dalam sepuluh bulan pertama tahun 2024.

Anda Mungkin Berminat