LANGKAWI: Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mempengerusikan Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM Retreat), sebagai langkah memperkukuhkan komuniti ASEAN menerusi tiga tonggak utama.
Mesyuarat yang berlangsung hari ini dekat sini memberi tumpuan kepada memperkukuh Komuniti ASEAN melalui tiga tonggak utama iaitu politik-keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya.
“Ini mencerminkan hasrat Malaysia untuk memupuk ASEAN yang lebih bersepadu, inklusif dan mampan, sambil memperkukuh keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau,” menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri.
Terdahulu, Wisma Putra menjelaskan pertemuan itu adalah acara pertama dalam kalendar tahunan ASEAN bagi peringkat menteri di bawah kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Pertemuan itu, dipercayai telah menghimpunkan menteri-menteri luar dan pegawai kanan dari kesemua 10 negara anggota ASEAN manakala Menteri Luar Timor-Leste akan turut serta sebagai Pemerhati ASEAN.
Baca juga: