Lawatan Anwar Kukuhkan Kerjasama ASEAN-EU

BRUSSELS: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata lawatannya ke Belgium baru-baru ini memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang antara ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU) melalui pelbagai sektor kerjasama strategik.

“Belgium bukan sekadar mencari sinergi dan peluang perdagangan mahupun pelaburan baharu malah mampu merapatkan jurang ASEAN-EU dalam pelbagai sektor untuk kepentingan bersama,” jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook.

Dalam siri lawatan itu beberapa pencapaian dan perbincangan utama dilihat mampu memberi keuntungan bukan sahaja kepada negara tetapi ASEAN yang mana kini giliran Malaysia sebagai pengerusi.

Dalam sektor ekonomi memperlihatkan momentum baharu kepada rundingan perjanjian perdagangan bebas antara ASEAN dan EU.

Kedua-dua blok ini menyasarkan untuk memperkukuh perdagangan dua hala, yang bernilai lebih daripada €215 bilion (RM995,937,902,484.30) pada 2024.

Sementara itu, penyambungan semula perjanjian perdagangan bebas Malaysia-EU yang tertangguh sejak 2012 membuka peluang untuk merapatkan jurang ekonomi antara rantau ASEAN dan Eropah.

ASEAN di bawah terajui Anwar dilihat sebagai blok penting bagi EU untuk memastikan hubungan strategik dengan rantau Asia Pasifik.

Anwar sebelum ini menegaskan pentingnya ASEAN sebagai jambatan dalam hubungan ekonomi, sosial, dan politik dengan Eropah.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat