Nasional

Bukit Aman ambil keterangan pegawai kanan Maritim Malaysia hari ini

Bukit Aman akan mengambil keterangan seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada Khamis (hari ini), susulan dakwaan kes gangguan seksual membabitkannya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata, keterangan pegawai kanan itu akan diambil Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

“Rakaman percakapan pegawai itu akan diambil pada esok jam 2.30 petang,” katanya.

Sementara itu, pegawai kanan Maritim Malaysia berkenaan akan memberi kerjasama dan menyerahkan sepenuhnya kepada polis bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual seperti yang tular di media sosial, hari ini.

Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia dalam kenyataannya, berkata isu berkenaan turut mengaitkan nama keluarga beliau adalah bersifat peribadi dengan motif tertentu.

Semalam, PDRM mengesahkan sedang menjalankan siasatan membabitkan dakwaan kes gangguan seksual oleh pegawai kanan berkenaan terhadap seorang wanita.

Kes disiasat di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan, Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sebelum itu, tular paparan laporan polis oleh seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang juga perunding kewangan membuat mendakwa pegawai terbabit mengganggunya di WhatsApp sejak tahun lalu.

Berdasarkan laporan polis yang tular itu, wanita terbabit mendakwa pegawai terbabit mengganggu dengan perkongsian video dan perbualan lucah.

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close