AMK Ajak Sekretariat Rakyat Benci Rasuah Berdialog

PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengajak Sekretariat Himpunan Rakyat Benci Rasuah berdialog berkenaan tiga tuntutan yang ajukan kepada kerajaan.

Menerusi satu kenyataan Pengarah Komunikasi AMK, Haziq Azfar selain Sekretariat Himpunan Rakyat Benci Rasuah, AMK juga menyeru memulakan suatu pendekatan yang baharu dengan mengadakan majlis dialog dan seumpamanya.

Menurutnya, kaedah ini menunjukkan dengan kerajaan terdahulu di mana pihak penganjur dan peserta akan menerima implikasi dengan pelbagai intimidasi selepas satu penganjuran di adakan.

“… pihak pemerintah kali ini pula wajar memulakan satu amalan baharu yang sebaliknya.

“Kerajaan melalui pelbagai organisasi wajar menganjurkan dialog dan perbahasan awam setiap kali pascaperhimpunan diadakan, khususnya bagi isu yang melibatkan kepentingan awam yang mendesak,”katanya.

Untuk itu, sebagai permulaan (to kick-start), AMK mempelawa Sekretariat Rakyat Benci Rasuah sebagai penganjur Himpunan Rakyat Benci Rasuah untuk berdialog secara terbuka bagi membincangkan hal subjek dan tuntutan yang dikemukakan dalam perhimpunan yang dianjurkan.

Sabtu lalu, kira-kira 200 peserta menyertai Himpunan Rakyat Benci Rasuah di Dataran Merdeka.

Mereka mengemukakan tiga tuntutan iaitu yang pertama pengukuhan institusi anti-rasuah kedua penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan yang ketiga ketelusan dan akauntabiliti dalam tadbir urus.

Untuk rekod, sejak menjadi Perdana Menteri dua tahun yang lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan ketegasan dalam memerangi rasuah, antaranya siasatan terhadap individu berprofil tinggi.

Di bawah pentadbiran beliau, beberapa kes melibatkan pemimpin politik, ahli korporat dan pegawai kanan kerajaan telah disiasat dan dibawa ke mahkamah, termasuk kes rasuah yang besar seperti projek infrastruktur dan tender kerajaan.

Kerajaan juga bertindak membatalkan beberapa projek besar yang diragui ketelusannya termasuk projek rundingan terus yang tidak munasabah dan mengarahkan tender kerajaan dilakukan secara terbuka dan telus.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat