PETALING JAYA: Veteran UMNO menasihati bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar berhenti mengeluarkan kenyataan yang menghina UMNO.
Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub, berkata kesal dengan tindakan Dr. Mahathir yang cuba menyemarakkan perselisihan antara UMNO dan DAP dengan memutar fakta.
“Veteran UMNO melihat kenyataan Dr. Mahathir itu sebagai penghinaan kepada UMNO. Beliau sengaja memutar belit maksud Nga Kor Ming, yang sebenarnya menggunakan istilah ‘lalat’ secara spesifik merujuk kepada Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh, bukannya kepada keseluruhan parti UMNO,” katanya dalam satu kenyataan.
Istilah ‘singa’ dan ‘lalat’ digunakan Naib Presiden DAP, Nga Kor Ming berhubung perdebatan antara mereka mengenai isu penggunaan logo halal palsu pada produk sandwic “ham” yang dijual di KK Mart di Universiti Malaya.
Dr. Mahathir pula dalam kenyataannya menggunakan istilah itu sebagai gambaran UMNO kini tunduk kepada DAP.
Dakwaan itu susulan UMNO yang dahulunya lantang mengkritik DAP kini dilihat bekerjasama erat kerana kerjasama politik antara kedua-dua parti melalui gabungan Kerajaan Perpaduan.
Tambah Mustafa, Veteran UMNO sebenarnya tidak mahu memanjangkan isu memandangkan menghormati ketuaan dan kenyanyokan Dr Mahahtir.
Tapi katanya demi keadilan maka Veteran tampil untuk memberi penjelasan.
“Nasihat Veteran kepada Dr Mahahtir supaya berhentilah mengeluar kenyataan dan komen bodoh kerana dendamnya kepada UMNO. Allah telah menganugerahkan dia umur yang panjang.
“Gunakanlah sisa-sisa umurnya itu untuk bertaubat diatas dosanya memecah belahkan Melayu dengan memperbanyakkan kerja-kerja amal dengan memberi masa yang lebih disurau dan masjid,” katanya.
Baca juga: