PM harap Tahun Baharu Cina kukuhkan semangat kebersamaan

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sambutan Tahun Baharu Cina yang disambut hari ini menjadi titik permulaan baharu untuk memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan demi negara.

Dalam ucapan beliau di Facebook, Perdana Menteri menekankan pentingnya keharmonian dalam masyarakat.

“Dalam semangat menyambut perayaan besar bagi kaum Cina yakni Tahun Baharu Cina, kita kembali diingatkan oleh Confucius yang menekankan betapa keharmonian menjamin kekuatan,” katanya.

Beliau berkata, falsafah itu selari dengan konsep MADANI yang menghargai kepelbagaian budaya dan tradisi sambil memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.

“Gong Xi Fa Cai kepada seluruh kaum Cina,” ucap Anwar, mengakhiri hantaran beliau dengan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina.

Selamat Tahun Baharu Cina juga kami (Malaysia Bangkit) ucapkan kepada mereka yang meraikannya.

Anda Mungkin Berminat