Polis kesan suspek langgar sekumpulan lelaki di KL

KUALA LUMPUR: Sekumpulan lelaki dipercayai dilanggar oleh dua buah kenderaan yang dipandu secara melulu di hadapan Kelab Top Plus, di sini, pada Rabu.

Pihak polis menerima satu laporan daripada seorang saksi kejadian, lelaki tempatan berumur 24 tahun.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Ku Mashariman Ku Mahmood mengesahkan bahawa kenderaan tersebut melanggar sekumpulan lelaki dan mengakibatkan kecederaan kepada mangsa.

“Lebih kurang dua orang mengalami kecederaan dan seorang mangsa telah dihantar ke hospital menaiki ambulans.

“Kesemua mangsa masih belum membuat laporan polis,” katanya.

Pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan kes masih dalam siasatan.

“Sekiranya orang awam mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, mereka boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” tambah beliau.

Terdahulu, tular satu video di media sosial berkenaan dua buah kenderaan yang dipandu secara melulu lalu merempuh sekumpulan lelaki.

Difahamkan, suspek bertindak melanggar mangsa beberapa kali setelah tidak berpuas hati pada pelanggaran yang pertama.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat