Gaji penjawat awam bakal tingkat RM18 bilion pada tahun 2026 – Anwar

Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui gaji penjawat awam bakal terus ditingkatkan kepada RM18 bilion pada tahun hadapan (2026).

Beliau ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) di Ipoh, Perak pada Jumaat, berkata keputusan itu dibuat kerana penjawat awam sejak 12 tahun lalu sukar mendapat kenaikan gaji malah dihimpit dengan pelbagai tugasan kerja yang kian bertambah.

“Tahun ini, saya mengambil keputusan, untuk tingkatkan gaji penjawat awam, yang bertambah sebanyak RM10 bilion. 

“Untuk tahun depan (2026), gaji penjawat awam akan kekal meningkat kepada RM18 bilion. Di bawah pentadbiran kerajaan Perpaduan, kita lebih ketat, tidak mahu alasan lambat kelulusan, minta rakyat tunggu berjam-jam untuk mendapatkan permit untuk memperbaharui lesen. 

“Kika tanggungjawab bertambah, maka kita harus beri pengiktirafan dan meningkatkan kadar upah mereka,” katanya.

Beliau juga turut mengarahkan pihak yang berkewajipan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan perbadanan yang lain untuk memikul tanggungjawab membanteras gejala penyelewengan di tempat kerja.

Hal ini diperakui sebagai bukti yang kukuh terhadap Malaysia yang kini semakin mantap, seiring dengan pentadbiran politik yang lebih stabil.

“Saya sebut ini semua, mungkin kita lakukan kerana negara kita lebih mantap kerana politiknya stabil. 

“Tidak mudah jaga satu negara yang pelbagai kaum dan agama. Kita harus ingat, bersama rakan saya, kepimpinan fokus kerana negara ini mempunyai potensi yang baik, tidak perlu menimbulkan pergaduhan malah mengangkat martabat semua,” jelasnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat