PHILADELPHIA: Sebuah pesawat kecil peribadi terhempas di timur laut Philadelphia hari ini, lapor seorang pegawai tertinggi media antarabangsa.
Menurut laporan komander kanan polis di tempat kejadian, enam orang dilaporkan berada di dalam pesawat berkenaan.
Pejabat Pengurusan Kecemasan Philadelphia memaklumkan kepada orang awam untuk tidak berada di kawasan kejadian supaya tidak menimbulkan sebarang kemalangan yang tidak diingini.
“Kemalangan besar telah berlaku berhampiran Cottman dan Bustleton Aves berdekatan pusat beli-belah Roosevelt.
“Jalan ditutup di kawasan berdekatan termasuk Roosevelt Boulevard. Elakkan kawasan berkenaan,” ciapnya di laman X.
Walau bagaimanapun, pihak polis dan jabatan bomba setakat ini tidak memberikan respon berkenaan kejadian terbabit serta mangsa yang terlibat.
Terdahulu, satu kejadian sama pesawat terhempas telah berlaku membabitkan pertembungan antara jet penumpang dan helikopter tentera di Lapangan Terbang Nasional Reagan, Washington D.C.
Akibat pertembungan nahas itu, 67 orang mangsa yang merupakan penumpang maut.