Erdogan diberi sambutan rasmi di Putra Perdana

PUTRAJAYA: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, hari ini.

Memetik laporan media tempatan, sebaik tiba pada jam 11.10 pagi, Erdogan disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Erdogan kemudian memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (Istiadat) yang diketuai Mej Khairul Fakhzan.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, anggota Kabinet, diplomat asing dan pegawai kanan kerajaan.

Selepas itu, Erdogan menandatangani buku pelawat sebelum meneruskan pertemuan empat mata dengan Anwar.

Kedua-dua pemimpin kemudian mengadakan Mesyuarat dua hala, yang turut dihadiri barisan Menteri Kabinet.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat