PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran Cuaca Panas Tahap 1 (berjaga-jaga) di dua kawasan di Semenanjung iaitu Baling dan Kuala Kangsar selama tiga hari berturut-turut.
Difahamkan, suhu maksimum harian boleh mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celcius di lokasi berkenaan.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.