Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Ringgit Malaysia kekal memperlihat kadar unjuran yang tinggi sewaktu sesi pembukaan hari ini.
Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), sekitar jam 10.30 pagi, ringgit dibuka pada kadar 4.4120.
Nilai tersebut lebih positif berbanding dengan sesi penutupan yang dibuat pada Jumaat minggu lalu yang hanya mencecah sebanyak 4.4165.
Pada masa yang sama, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama.
Ringgit meningkat berbanding pound kepada 5.5828/5936 berbanding 5.5851/5895 sebelum ini dan turut naik berbanding Eropah kepada 4.6232/6321 berbanding 4.6236/6273 minggu lalu.
Namun, nilai wang tempatan itu dilihat jatuh berbanding yen Jepun, iaitu kepada 2.9547/9606 berbanding 2.9346/9371 sebelum ini.
Ringgit juga lebih rendah berbanding kebanyakan mata wang ASEAN.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3039/3108 berbanding 3.3021/3049 dan menurun berbanding baht Thailand kepada 13.1447/1818 berbanding 13.1354/1528.
Namun, ringgit lebih tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 270.5/271.2 berbanding 270.7/271.0 dan kekal stabil berbanding peso Filipina pada 7.62/7.63 berbanding 7.62/7.63 pada Jumaat lalu.
Baca juga: