Oleh: Aliyaa Azmi
WATAK animasi popular era 90-an, Keluang Man bakal diangkat ke pentas teater pada 24 hingga 27 April ini di Studio Sedar Ruang, Kuala Lumpur.
Menurut Setiausaha Kelab, Firdaus Omar, teater ini bukan sahaja menghidupkan kembali karya Allahyarham Kamn Ismail, malah memberi ruang kepada pelajar seni terlibat secara langsung dalam produksi.
“Teater merupakan medium persembahan yang sesuai untuk membawa karya ini ke pentas nyata. Projek ini turut memberi ruang kepada pelajar untuk terlibat secara langsung dalam pengurusan pementasan,” katanya dipetik.
Diarahkan oleh Walid Ali, pementasan ini menampilkan Han Zalini, Cristina Suzanne, Jay Iswazir dan Azman Hassan sebagai pelakon utama.
Pengerusi Kelab Keluang Man, Amir Hamzah berkata, kelab tersebut aktif menganjurkan pelbagai program seni dan sosial demi meraikan legasi animasi tempatan.
Tiket dijual pada harga RM48 dan RM58 (tempat duduk bebas) bermula semalam.
Projek ini hasil kerjasama Kelab Keluang Man, Sedar Ruang Studio dan Galeri Kamn Ismail, bagi memastikan adiwira lagenda itu terus relevan merentas generasi.
Menurut laman Instagram rasmi Keluang Man, tiket teater berkenaan kini laris dijual dengan sambutan yang menggalakkan daripada peminat.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman istimewa ini yang bakal menghidupkan kembali nostalgia adiwira tempatan di pentas teater. Tempat adalah terhad — dapatkan tiket anda sebelum kehabisan!
Pementasan ini turut menjadi pemanas kepada tayangan filem Keluang Man terbitan Astro Shaw yang bakal ditayangkan 29 Mei ini.
Baca juga: