SEKUMPULAN wartawan negara China yang berada di Malaysia bagi membuat liputan lawatan Presiden Xi Jinping mengambil kesempatan mencuba nasi kandar sebagai hidangan tengah hari mereka.
Bagi sesetengah daripada mereka, juadah popular itu bukan sahaja mengenyangkan, malah mengubat kerinduan terhadap pengalaman lama ketika menuntut di universiti awam tempatan.
Menurut Liang Liang, atau nama Melayunya Husna, dia bersama beberapa rakan media lain singgah menikmati nasi kandar sebelum menghadiri sesi wawancara bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Putrajaya.
“Kami media dari China. Kami akan buat liputan di Putrajaya dan ambil peluang makan nasi kandar di sini, untuk bawa balik kenangan ke China,” katanya menerusi video dimuat naik di akaun TikTok miliknya hari ini.
Dalam video berdurasi satu minit 57 saat itu, Husna dan empat wartawan lain kelihatan begitu mesra dan fasih berbahasa Melayu ketika memesan makanan, seolah-olah rakyat tempatan.
Pinggan mereka dibanjiri kuah campur dengan pelbagai lauk seperti sotong, rendang, ayam goreng dan lain-lain. Mereka turut memilih minuman kegemaran rakyat Malaysia iaitu sirap ais sebagai pelengkap hidangan.
Bagi salah seorang wartawan yang pernah melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2006, nasi kandar yang dinikmati itu membawa kenangan manis zaman pelajar.

“Semuanya cakap bahasa Melayu dan order makanan Malaysia.
“Kumpulan wartawan China yang bercakap Melayu ini dah sampai Putrajaya untuk wawancara dengan PM” katanya.
Rata-rata netizen Malaysia di ruangan komen memberi respon positif dan bangga dengan kefasihan mereka berbahasa melayu.
“Hebat sungguh mereka dari China boleh berbahasa Bahasa kebangsaan. Bangga dengan mereka. Pilihan yang tepat datang Malaysia cuba nasi kandar dulu” komen salah seorang pengguna Tiktok.
Baca juga: