PAS lebih pentingkan kes luar berbanding rakyat sendiri – UMNO Kelantan 

Oleh: Tyah Helmi 

PETALING JAYA:  Kerajaan PAS Kelantan didakwa gagal selama 12 tahun untuk menjelaskan secara terperinci kes kematian pelajar Mahaad Tahfiz di Kok Lanas yang ditemukan dalam keadaan tergantung di tandas sekolah.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kelantan, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa punca utama PAS berbuat demikian dipercayai ia memberi impak buruk kepada pentadbiran, imej sekolah tahfiz serta pondok yang lain.  

“Apabila buat kajian, kita tengok keadaan semasa pondok-pondok di Kelantan, banyak pondok yang tidak mengikut spesifikasi ataupun ada pondok yang tidak berdaftar.

“Jadi kerajaan negeri tidak pernah bertindak untuk menutup ataupun mengenakan apa-apa tindakan kepada pondok-pondok,” katanya. 

Wan Mahussin turut menyelar PAS bahawa, parti itu lebih mementingkan kes masyarakat yang berada di luar negerinya berbanding rakyatnya sendiri sepertimana yang dilakukan oleh Ketua Penerangannya, Fadhli Shaari yang bersungguh-sungguh menuntut keadilan buat Yusoff Rawther. 

“Sebaliknya, apa yang menjadi keutamaan kepada pimpinan PAS adalah untuk menuntut keadilan kepada Adik Ahmad Faris ataupun keluarganya.

Bercakap kepada Malaysia Bangkit hari ini, beliau mendakwa PAS gagal menjadi negeri dalam menguruskan sistem pendidikan di negeri Kelantan walaupun kerap kali melaungkan kalimah suci ‘Islam’. 

“Kerana apa, kerana arwah ini orang Kelantan, keluarganya orang Kelantan dan perkara ini berlaku di negeri Kelantan. 

“Dalam isu ini, saya harap keadilan untuk adik Faris Dapat ditegakkan dan heret siapa yang terlibat termasuklah kerajaan jika kerajaan terlibat menyorok isu ini atau agenda tersembunyi,” katanya. 

Sebelum ini, Peguam, Liyana Marzuki yang mewakili ahli keluarga pelajar tahfiz menggesa Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari untuk membantu dalam memperjuangkan keadilan.

Ketika membuat gesaan itu, Liyana membuat perbandingan dengan kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang diperjuangkan PAS.

“Saya mendesak Fadhli perjuangkan nasib arwah dan ibu bapanya, sebagaimana PAS perjuangkan nasib arwah Adib.

“Janganlah kerana tiada laba politik, kes ini dipandang sepi,” katanya lagi.

Anda Mungkin Berminat