Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tampil memohon maaf atas kesilapan pemaparan ilustrasi Bendera Jalur Gemilang di dalam buku Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diedarkan hari ini.
Menerusi satu kenyataan media hari ini, KPM menyifatkan kecuaian tersebut tidak boleh diterima sama sekali.
“Kecuaian ini tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara,” ujarnya.
Bagi memperbaiki hal itu, satu tindakan tegas serta merta telah diambil ke atas semua yang terlibat.
“Siasatan terperinci juga sedang dilaksanakan, laporan analisis yang dicetak telah diminta untuk dikembalikan dan pembetulan segera akan dibuat,” kata KPM.
Terdahulu, dalam edaran Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM hari ini ia memaparkan imej Jalur Gemilang yang berlaku kesilapan dalam cetakan pada muka surat 14 dan 16 yang dijana menerusi kecerdasan buatan (AI).
Baca juga: