Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tun Ramli Ngah Talib dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kesembilan berkuat kuasa 1 Mei ini.
Menerusi kenyataan di laman Facebook Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, baginda berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan kepada Tun Ramli Ngah sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang yang baharu harini di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) yang membawa gelaran Tun kepada Ramli.
Tun Ramli menggantikan Tun Ahmad Fuzi Abd Razak yang menyandang jawatan itu selama satu penggal bermula 1 Mei 2021.
Difahamkan, pelantikan tersebut berkuatkuasa pada 1 Mei 2025 sehingga 30 April 2029.
Turut hadir sama di istiadat pengurniaan terbabit adalah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang; Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tun Ahmad Fuzi yang berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8.
Baca juga: