Oleh: Tyah Helmi
WARGA maya melepaskan geram dan amarah dengan reaksi seorang ibu yang tidak berasa bersalah atas kesalahan anaknya yang menjadi punca ‘pelamin impian’ roboh dalam majlis perkahwinan rakannya.
Majoriti berkata mereka meluat dengan reaksi ibu terbabit yang tidak serius langsung atas tindakan anaknya yang secara terang mengganggu perjalanan sebuah majlis perkahwinan.
“Bini siapa ini, kenapa tak diajarkan adab, tegur dan ajar sikit anak dan isteri itu sekali, dah melampaui batas anak buat macam tu kat majlis sahabat dia.
“Useless parents (ibu bapa tidak berguna), dia fikir kelakar hancurkan pelamin impian pengantin tu.
“Struggle pengantin itu untuk hari besar pertama mereka, kau anggap sekadar pelamin je, kau nampak pengantin senyum tapi dalam hati sumpah seranah kau dengan anak kau,” itu merupakan beberapa tohmahan oleh rakyat Malaysia di laman X hari ini.
Lebih menarik lagi, pemegang akaun laman X, Hasyimah The Car Sitter mendedahkan, kebiasannya pemasangan pelamin dilakukan seawal 2 hingga 3 pagi ketika hari kejadian dan menasihatkan untuk menjaga anaknya dengan lebih baiik.
Dalam video itu, beberapa orang dilihat sibuk memperbetulkan kembali pelamin yang hampir roboh itu ketika mana pasangan pengatin sedang menikmati santapan makanan diraja sambil melihat pelamin mereka hampir punah.
Seorang wanita hadir membalas video tersebut dengan mendedahkan bahawa pelamin itu hampir roboh akibat tindakan anak kecilnya.
Wanita yang dikenali Ayeen itu menjelaskan anaknya pada ketika itu bersama kawannya bermain lari-lari di atas pentas itu tanpa pengawasannya.
Kata Ayeen, dia sedang sibuk mengambil gambar pasangan pengantin ketika majlis makanan beradab dan secara tiba sahaja anaknya menolak sofa yang berada di pelamin itu sehingga jatuh ke belakang sehingga menjatuhkan segala perhiasan pelamin terbabit.
‘Dan anak aku memang tak sangka eh, memang tak menyangka tiba-tiba dia pergi kat sofa tu, dia tolak sofa tu ke belakang.
“Aku ingat hanya sofa tu sajalah yang jatuh ke belakang., tapi tak sangka eh backdrop (hiasan pelamin) tu sekali roboh weh,” katanya.
Ibu kepada anak itu menyifatkan sedikit rasa amarah dan geram namun dalam masa yang sama dia merasakan kejadian itu adalah kelakar susulan ia pertama kali berlaku di dalam hidup keluarganya.
Sambil tertawa Ayeen berkata, kejadian melibatkan anaknya itu menjadi tumpuan utama oleh seluruh tetamu di majlis itu.
Bagaimanapun dari sudut hatinya, rasa bersalah kekal menebal di hati kerana itu adalah majis perkahwinan rakannya serta turut memohon maaf kepada pasangan pengantin itu dengan segera.
“Walapun itu rakan, tapi masih rasa serba salah weh, pelamin dia roboh, sebenarnya dua-dua-dua (pengantin) okay je.
“Aku pun dah minta maaf dengan dua-dua dah, aku ada cakap lah yang atas kebijaksanaan anak aku tu buat macam tu. So, nasib baik dia orang okey weh”
Ujarnya, perkara ini menjadi pengajaran buat semua orang dan dirinya untuk menjaga anak-anak daripada bermain di pelamin.
Baca juga: