Sebuah bengkel kereta musnah dijilat api dalam insiden kebakaran di Jalan Gurney Kiri, Kampung Semarak, Kuala Lumpur pada pagi Rabu.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Jayamohan Muniandy berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.17 pagi.
Jayamohan berkata, dalam kejadian itu, bangunan yang berkeluasan 20×80 kaki itu hangus terbakar kira-kira 80 peratus.
“Kebakaran itu juga melibatkan tiga buah kenderaan iaitu Toyota Unser, Proton Saga dan Daihatsu Charade yang juga telah terbakar sehinggga 80 peratus. Namun, tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, seramai 27 anggota bomba daripada tiga buah balai berhampiran iaitu balai Bomba dan penyelamat (BBP) Titiwangsa, Jalan Hang Tuah dan Jalan Tun Razak telah dikejarkan ke lokasi.
Difahamkan, kebakaran dapat dikawal pada pukul 2.51 pagi dan dipadamkan sepenuhnya pada pukul 3.56 pagi.
Baca juga: