Pihak Berkuasa Persaingan Turkiye membuat keputusan untuk mengenakan denda harian melebihi AS$160,000 (RM742,720) ke atas syarikat digital gergasi dunia, Meta kerana gagal mematuhi kewajipan pertukaran data pada Rabu.
Pihak berkuasa memerintahkan Meta untuk berhenti menggunakan data WhatsApp pengguna dalam perkhidmatan Meta lain di Turkiye dengan mengeluarkan injuksi interim.
Pihak berkuasa turut meminta syarikat itu untuk mencadangkan penyelesaian baharu bagi menangani kebimbangan yang tercetus pada 11 Disember lalu, tetapi masih tiada sebarang penyelesaian dikemukakan.
Sehingga kini, denda tersebut sudah mencecah AS$4.6 juta dan makin meningkat setiap hari.
Sebelum ini media melaporkan pihak berkuasa melancarkan siasatan terhadap Meta selepas syarikat itu memutuskan untuk menggabungkan akaun pengguna di Instagram (dimiliki oleh Meta) dan Threads.
Hasil siasatan mendapati bahawa tindakan syarikat itu melanggar undang-undang perlindungan persaingan Turkiye.
Baca juga: