Polis tahan lelaki tikam 5 mangsa di tempat awam

Polis berjaya menangkap seorang suspek yang disyaki merupakan pembunuh bersiri yang menikam mangsa secara rawak dan telah menyerang sekurang-kurangnya lima mangsa di New York, Amerika Syarikat pada Rabu.

Suspek yang disyaki telah menikam seorang lelaki sementara menyerang empat lagi mangsa di Springfield Gardens, Queens pada 8 Januari lalu turut dikatakan terkait dengan serangan di Brooklyn pada Rabu.

Ketua Peronda Polis New York, John Chell berkata, bahawa pihak polis sudah menangkap seorang individu yang menikam orang secara rawak di sana.

“Kami menemukan dan menahan suspek yang berkeliaran dan menikam mangsa menggunakan pisau sebagai senjata,” katanya memetik laporan media tempatan, New York Post.

Dalam kejadian 8 Januari lalu, seorang individu menikam seorang lelaki berusia 61 tahun ketika berjalan di 137th Avenue dan 135th Street pada pukul 6.20 petang.

Suspek kemudiannya menyerang seorang wanita dan tiga lelaki dalam empat lagi serangam menggunakan taktik serangan yang sama.

Salah seorang mangsa, Shaneka Anderson, 34, memberitahu dirinya sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya pada tengah malam Selasa sebelum diserang dari belakang.

“Saya tidak menyedari kehadirannya di belakang, saya hanya merasa seolah ditumbuk dan dia berlalu pergi dengan laju sebelum saya rebah,” katanya.

Shaneka kini sedang dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil.

Selain Shaneka dan mangsa berusia 61 tahun itu, mangsa lain yang diserang termasuk tiga orang lelaki masing-masing berusia 74, 41 dan 36 tahun.

Kesemua mangsa selamat difahamkan tinggal di kawasan berhampiran dan menerima rawatan di pusat perubatan.

Kejadian serangan itu secara tidak langsung menyebabkan penduduk sekitar meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan mereka lebih-lebih lagi ketika berada di tempat awam.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat