Prosiding pelaksanaan Sistem Tol Aliran Pantai Pelbagai Lorong bulan depan

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memaklumkan bakal memangggil Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi prosiding Pengurusan Pelaksanaan Sistem Tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF).

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, perkara itu selepas pihak PAC menyetakan persetujuan terhadap pelaksanaan MLFF dengan KKR.

Katanya, PAC bercadang untuk melaksanakan MLFF pada minggu pertama persidangan Dewan Rakyat pada bulan depan.

“PAC turut akan mendengar pandangan daripada operator lebih raya berhubung pelaksanaan MLFF ini.

“Bahkan kementerian turut akan memanggil Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan persepakatan sudah diambil selepas mengadakan perbincangan khas ahli PAC di Parlimen dengan jawatankuasa berkenaan, selepas 32 konsesi lebuh raya tempatan dinyatakan protes terhadap langkah kerajaan untuk memberikan MLFF.

“Prosiding akan menggunakan punca kuasa mengikut Peraturan Mesyuarat (PM) 77 (1)9d) Persaturan-peraturan Majluis Menyuarat Dewan Rakyat (PPMDR), Arahan Perbendaharaan 301 Tahun 2023 dan Seksyen III Perkara 11 (b) Pekeliling Am No. 2 (1982).

“PAC turut dapat membentangkan tujuh isu dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2022, menerusi sesi persidangan Dewan Rakyat bermula 26 Februari depan.

“PAC turut sudah selesai mengadakan prosiding membabitkan tujuh isu melibatkan Pengurusan Pembangunan Hartanah Lembaga Pembangunan Langkawi, Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) dan Foreign Workers Centralized Management System (FWCMS),” katanya.

Selain itu, ia turut membabitkan Syarikat UiTM Holdings Sdn Bhd, Pengurusan Hutan dan Impak kepada Alam Sekitar; Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara dan Pengurusan Naik Taraf serta Pembangunan Semula Bangunan Daif di Sekolah.

“PAC berpandangan prosiding bagi tiga isu sudah selesai sepenuhnya iaitu Pengurusan Pembangunan Hartanah Lembaga Pembangunan Langkawi, Syarikat UiTM Holdings Sdn Bhd dan Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara.

“Sementara prosiding empat isu lain akan diteruskan dengan prosiding susulan berikutan PAC berpendapat masih ada penjelasan yang perlu diberikan kementerian berkenaan berkaitan isu terbabit,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ermieyati berkata, PAC akan mengadakan lawatan kerja ke Sarawak dan Sabah untuk meninjau bangunan daif di sekolah bagi melengkapkan prosiding Pembangunan Semula Bangunan Daif di Sekolah.

Baca juga: