Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharapkan agar orang ramai bersabar dan menunggu keputusan daripada Lembaga Pengampunan sebelum membuat sebarang andaian.
Katanya, hal tersebut sudah mendapat pengesahan, namun perlu menunggu kenyataan rasmi terlebih dahulu.
“Sudah ada kepastian mengenai ini. Diminta semua untuk tunggu keputusan daripada Lembaga Pengampunan,” jawab beliau ringkas ketika ditemui Malaysia Bangkit selepas makan tengah hari di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Beliau memberi reaksi itu ketika ditanya mengenai dakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapat pengampunan diraja tular baru-baru ini.
Bagaimanpun dakwaan tersebut ditepis peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Baca juga: