Peminat dakwa Kanye West manipulasi isteri, paksa berpakaian separuh bogel

Perbuatan penyanyi dan komposer Hollywood, Kanye West yang membiarkan isterinya, Bianca Censori mengenakan pakaian ‘mengarut’ sepanjang masa menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai terutama apabila gambar wanita itu dimuat naik ke internet.

West, 46, dilihat seperti sengaja mempamerkan isterinya yang berpakaian hampir bogel di akaun media sosial miliknya manakala Censori yang tidak mempunyai akaun media sosialnya sendiri.

Disebabkan itu, peminat mula membuat spekulasi bahawa dirinya sudah dimanipulasi oleh Kanye kerana sebelum ini beliau diketahui pernah memanipulasi bekas isterinya, Kim Kardashian, 43.

“Bianca tidak mempunyai akaun media sosial, tetapi Kanye boleh sesuka hati memuat naik hantaran gambarnya yang mencolok mata menggunakan akaun peribadinya.

“Sepertinya dia pernah mempunyai sejarah mengawal wanita dalam hidupnya,” komen peminat.

West turut melarang Bianca menggunakan media sosial untuk melindunginya dari komen negatif, walaupun sebelum ini isterinya sangat aktif dalam menggunakan media sosial.

Namun, keluarga dan rakan rapat Censori menyatakan Kanye seolah-olah mahu menjauhkan dirinya dari mereka dan hanya menurut kata Kanye sahaja.

“Bianca sebelum ini sangat aktif dalam menggunakan media sosial sehinggalah berubah setelah dirinya berkahwin dengan Kanye.

“Ia kelihatan seperti West mahu menjauhkan Bianca daripada kami dan hanya mahu Bianca mengikut telunjuknya sahaja,” kata rakan rapat yang tidak mahu identitinya diketahui.

Censori dan West telah berkahwin secara rahsia pada Disember 2022, sebulan selepas penceraiannya dengan Kim Kardashian.

Baca juga: