ANDI Bernadee kembali mencuri perhatian dengan single terbaharu berjudul ‘Aku Nak Kahwin’ yang mengangkat realiti hidup ramai anak muda yang sedang menunggu jodoh.
Lagu ini berkisar tentang individu yang sudah bersedia untuk berkahwin, namun masih belum dipertemukan dengan pasangan yang sesuai. Ia disampaikan dengan gaya santai, jujur dan dekat dengan pengalaman harian.
Menurut Andi, lagu ini lahir daripada situasi sebenar yang sering berlaku dalam masyarakat, terutama apabila isu perkahwinan menjadi topik utama dalam perbualan keluarga.
Katanya, mesej lagu ini mudah difahami dan sangat relatable dengan kehidupan sekarang.
Dalam masa sama, Andi melihat karya ini sebagai satu nafas berbeza dalam industri muzik yang banyak dipenuhi lagu patah hati.
“Saya nak lagu ini jadi sesuatu yang ringan, orang dengar boleh senyum, bukan makin serabut dengan perasaan sendiri,” katanya.
Andi turut menambah bahawa lagu ini membawa mesej positif tentang penerimaan diri, sama ada masih single atau sudah berpasangan, kerana setiap orang mempunyai perjalanan hidup yang berbeza.
Isu tekanan sosial seperti soalan “bila nak kahwin” turut disentuh dalam lagu ini, namun disampaikan dengan cara yang lebih santai dan tidak terlalu berat.
Single ini juga menjadi pembuka kepada projek album Ding Geding, yang sebelum ini tertangguh akibat masalah kesihatan, sebelum Andi kembali dengan semangat baharu.
Aku Nak Kahwin” boleh didengari di semua platform penstriman digital pada 17 April 2026.
Baca juga:








